FlourisHER - Kanser Pangkal Rahim - Apa perlu kita tahu? (Podcast)
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025, telah berlangsung Wellbeing FlourisHER - Kanser Pangkal Rahim - Apa perlu kita tahu? (Podcast). Taklimat ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 03:30 petang. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, peserta menonton Podcast Kanser Pangkal Rahim - Apa perlu kita tahu. Seterusnya, doktor Khoo Su Lei menerangkan mengenai cara pencegahan Kanser Pangkal Rahim. Selain itu, doktor Khoo Su Lei menerangkan mengenai kepentingan suntikan HPV kepada wanita. Akhir sekali, doktor Khoo Su Lei menerangkan mengenai faktor-faktor terjadinya Kanser Pangkal Rahim.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Kanser Pangkal Rahim. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: